Wednesday, July 16, 2014

Briged Al-Qassam

Dah lama sebenarnya tahu nama ni, tapi tak serius sangat. Tapi pagi ni, lepas tertengok post gambar ni, tak boleh. Rasa nak cp, simpan dan kongsi di sini.



Briged Al-Qassam

Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Hamas terdiri daripada pejuang berhati waja. Mereka sentiasa bersedia menghadapi Zionis pada bila-bila masa. Bagi menyertai kumpulan ini, seseorang haruslah mempunyai ciri-ciri seperti;

1 - Mendapat izin dari ibu bapa untuk syahid.
2 - Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama tiga bulan.
3 - Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
4 - Wajib mempelajari tafsir al-Quran.
5 - Wajib membaca al-Quran satu juzuk sehari.
6 - Wajib menghafaz 40 hadis Arba’in (Imam Nawawi).
7 - Puasa sunat dan bertahajud.
8 - Tahap kecerdasan tinggi.
9 - Kerap hadir di majlis pengajian ilmu.
10 - Mengamalkan zikir harian.


Taktahu nak Subhanallah! MasyaAllah macam mana lagi.
Tapi bila tau pasal mereka ni, saya sangat yakin, bertambah yakin, Islam pasti menang.
Dan nak kekal di jalan ni sampai bila-bila. InsyaAllah.
Walaupun banyak je kelukaan dan kecederaan emosi dan jiwa.
InsyaAllah moga Allah kuatkan.


Nak tahu lebih banyak dari sejarah dan sebagainya, boleh baca yang APG tulis di sini, Briged Al-Qassam untuk Dummies

Antara yang saya dapat lepas baca artikal tu, 'Oh sebab tu la ramai akhwat/ikhwah bagi nama anak Ayyash. Sebelum ni terfikir juga mana diorang dapat nama Ayyash tu'.. :D



Moga Zionis Yahudi dan semua musuh Islam semakin gerun dan takut serta kalah.
Semoga semakin ramai orang Islam kembali kepada Islam yang sebenar dan
semoga yang bukan Islam mahu kembali kepada agama fitrah ini.
Seterusnya mengembalikan zaman khalifah! InsyaAllah.



Wednesday, July 2, 2014

Catatan 3 Ramadhan: Mulia Kerana Al-Quran

Buka sahaja sliding door masjid, terus terdengar alunan-alunan ayat Quran.
Terkejut terpana dan kemudian mula terfikir, ‘Oh Ramadhann kan’.

Di bahagian solat muslimat tiada pun sesiapa yang sedang membaca Al-Quran. Hanya ada dua orang sahaja yang bersolat.Tidaklah menghairankan sangat kerana ini bukan waktu solat berjemaah. Azan zohor pun sudah lama berlalu. Saya sendiri juga sudah selesai menunaikan kewajipan solat zohor sebelum bertolak pulang tadi.
Saja je sebenarnya.
Saja mahu singgah di masjid dan baca Quran serta selesaikan kerja yang belum selesai. Kalau bawa pulang ke rumah, takkan siap juga. Dan tak berapa berminat serta tak ada mood untuk siapkan di sekolah.
Lagipun kalau kat rumah pada waktu petang-petang begini, dengan kepanasan dan suhu yang sesuai untuk kurma berbuah lebat, tidur jugakla kerja yang terpilih. Huhu…

Sambil berjalan menuju ke tempat telekung, sempatla intai di celahan tirai-tirai yang sedikit terbuka. Kelihatan beberapa halaqah muslimin, tua dan muda berada dalam bulatan membaca Al-Quran. Mereka bertadarus! MasyaAllah.

Selesai solat sunat  2 rakaat tahiyatul masjid, Quranku buka, menyambung baki juzuk yang belum selesai. Targetnya nak khatam 30 juzuk Ramadhan kali ini, InsyaAllah. Walaupun bakal mendapat ‘cuti bulanan’ insyaAllah mampu juga. Sedang mencuba untuk membaca lebih sejuzuk setiap hari.

Tapi petang ini, tak berapa kuat. Baca sehelai sahaja sudah mula mengantuk. Whatt!?

Ok.
Terpaksa Sodakallahual’azim….

Teringat video Hafiz Indonesia yang aku download tadi.
video


On laptop. Cari earphone dalam handbag. Cucuk di laptop, sumbat telinga.
Ku tonton video 13.17 minit itu dengan penuh perasaan.
Pada awal-awal video, telatah kanak-kanak itu menggelikan hati.
Tapi penghujungnya, tertitis juga airmata. Sempat la kerling tengok sekeliling masjid ni. Ada la seorang kanak-kanak sedang memerhatikan ku. Ibunya sedang solat. Mungkin dia pun hairan, ‘Apa la kakak tu buat?’

Tak kisahla.

Yang pasti mesej daripada video itu sangat bernilai. Seperti analogi nilai wang yang diterangkan oleh ‘Abi’ dalam video tersebut.

Hebatnya ibu dan ayah Musa. Hebatnya ibu dan ayah anak-anak itu.
Hebatnya mereka.
Allah muliakan mereka dengan AlQuran walaupun tak mampu nak sebur ‘R’ dengan betul. Gigi depan pun tak ada. Sebutannya penuh dengan keterbatasan tapi hafalannya, ingatannya masyaAllah hebat. Sang juri yang hebat sepert ‘Abi’ itu pun memilih untuk bersalam dengannya. Taktahu nak cakap apa dah.

Muhasabah balik.

Berapa nilai Al-Quran dalam diriku?
Berapa nilai aku pada Al-Quran?
Berapa pula nilai aku pada Pemilik Quran?
Ada atau tiada?
Allahuakbar!







3:16pm, Masjid

Sunday, June 15, 2014

Akak, update la blog!

Akak, update la blog!

Itula antara ayat yang terselit dalam perbualan WA dengan seorang adik yang disayangi, yang masih berada di Brisbane.

Sudah cuba tulis post banyak kali, tapi delete balik dan tergantung begitu sahaja.
Kenapa?
Entah.

Hinggalah saya terbaca moment WeChat seorang ukhti.

“Don’t despair if your heart has been through a lot of trauma. Sometimes that’s how beautiful hearts are remade-they’re shattered first.”

Bersama gambar ini:






Sebenarnya itula situasinya.
My heart has been through another trauma this year.
Dan traumanya dekat dengan TnD ini.

2 minggu saya ‘shutdown’. Usrah, sengaja tak pergi. Program lain tak usah cakap la. Apa-apa pun yang dimaklumkan mahupun dibincangkan, saya senyap sahaja tanpa respon. Masa tu rasa, entah paper je jemaah ini, orang dalam jemaah ni.

Perasaan kecewa, sedih, takboleh terima 'cara' tu.

Tapi lepas tu ok balik la. Mula respon untuk segala perbincangan yang patut, hadir usrah kecuali atas sebab-sebab yang telah dapat izin murabbi.
[Ok yang paksa rela, atas sebab tiada jalan lain untuk mudah dapat kebaikan dan dengan harapan dapat masuk syurga melalui jalan ini]

Namun, trauma itu tak hilang pun. Mana mungkin hilang dengan mudah jika dah nangis sungguh-sungguh sedih, kecewa, takboleh terima dengan cara itu.
Trauma-trauma di Brisbane dulu pun kadang-kadang datang menyapa juga.

Dan mungkin kerana trauma-trauma ini, dan juga bersama tarbiyah dzatiyah yang rendah, saya tanpa disedari lebih suka senyap dan mula hanyut, tenggelam timbul.

Kerana itulah blog ini sunyi sepi. Tiada perkongsian, tiada apa-apa.
Kerana saya sememangnya tiada apa-apa bermanfaat untuk dikongsi.

Tapi insyaAllah sekarang sudah mula nak bangkit balik. Tambah-tambah lagi, dah nak Ramadhan! Ramadhan tahun lepas saya tak berapa nak berprestasi. Sendiri rasa kecewa. Dan dalam usrah selepas ramadhan tahun lepas, murabbi minta setiap orang kongsi muhasabah/pengalaman ramadhan masing-masing. Ketika itulah saya nekad dan tekad (apa ntah beza dua ni), untuk lalui Ramadhan tahun ini dengan prestasi yang lebih baik. Jadinya sedang memperbaiki banyak hal. Yang mudahnya adalah tilawah. ODOJ (One Day One Juz) sangat membantu.
*Iklan- ODOJ ni bagus sangat untuk istiqamahkan diri untuk tilawah (Y)

Tak sampai 15 hari lagi nak sampai Ramadhan (Allahumma Balighna Ramadhan!). Alhamdulillah, sambil tulis ni sambil berfikir untuk lebih bersemangat perbaiki amal dan hal-hal lain.

Terfikir juga, antara sebab ramai yang mudah futur selepas habis belajar adalah kerana kerja dan dunia. Masa tak kerja, tertekan sebab belum dapat kerja. Tak mudah untuk terus-terusan positif dan aktif dalam dakwah pada masa tu. Bila dah kerja banyak pula komitmen yang mudah sangat dijadikan alasan untuk jauh dari dakwah dan tarbiyah. Nak pergi daurah, ada kursus. Dan bila kursus, hukumnya pasti wajib. Dunia sangatla ingin dikejar. Duit. Tak cukup. Sentiasa nak lebih. Ini semua sangat menghanyutkan. Sungguh, struggle yang tak mudah langsung. Maka tak hairanlah saya antara yang tenggelam timbul dalam proses awal-awal memulakan kehidupan ni. Huhu…

Satu sahaja rahsia yang tak berapa nak rahsia, tolak ketepi segala faktor manusia, samada positif mahupun negatif. Fikir syurga. Dengar lagu Paradise tu hari-hari. Fikirkan yang susah sangat nak masuk syurga tu. Maka nak mudah, salah satu cara mudahnya adalah dakwah. Dan mustahil dakwah tanpa tarbiyah. Maka pilihlah jalan ni. Berhenti isi minyak sekali sekali okla kan. Tapi yang penting teruskan perjalanan J

Suka sangat kata-kata Yasmin Mogahed nih:

“There are many pieces that make up our lives. Moments that break us. Moments that raise and shape us. Decisions we make to hold on. Or let go. People who enter our lives and leave us changed forever. The ones we love, the ones that hurts us, or heal us, or leave us. Sometimes we don’t understand these pieces- or even despair over them. Its only when time goes by and we look back, that we suddenly can see our whole life like a perfect designed puzzle.
Don’t be afraid of the puzzle piece you’re in right now. It will fit perfectly just like the rest. How could it not?
The Designer is perfect!”

Monday, May 26, 2014

IMAN, AWAK BERCUTI KE HARI NI?

Iman : Assalamualaikum, box.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil INTERNET, FB, INSTAGRAM, TWETTER, WHATSAPP, MOVIE, HIBURAN, TV, TAB, SMARTPHONE.. jadi kami rasa terpinggir.

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak jugak duit saya habis... entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Bacaan Al QURAN, SOLAT BERJAMAAH, SOLAT FARDU, ZIKIR, SELAWAT, AL- MA'SURAT, QIAMULAIL, ZAKAT, SEDEKAH dah tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apenye.. Berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, iaitu En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami Tuan tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah.. Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan.. Bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. saya rimas.

Iman : (senyum sinis).. Maafkan kami Tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu.. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi.. Tuan jangan risau, kami memaafkan tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat En Dosa.. dan para pekerja-pekerjanya yang melalaikan dan sebagainya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang.. Tak tenang, management berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. kami free of charge.. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En Mathurat, En Zikir, En Solat, dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini.

DUIT BUKAN MAIN KITA SIMPAN, JAWATAN BUKAN MAIN LAGI KITA BANGGA, PANGKAT BUKAN MAIN KITA PAMER,RUMAH BUKAN MAIN KITA HIAS, KERETA BUKAN MAIN KITA JAGA, RUPA PARAS BUKAN MAIN KITA SOLEK, ANAK2 BUKAN MAIN KITA ASUH, PAKAIAN BUKAN MAIN LAGI BRANDED... IMAN KITA???
"AGAK - AGAK DALAM SEHARI BERAPA KALI IMAN KITA BERSEDIH DAN KECIL HATI DGN KITA"

#copypaste

Friday, May 23, 2014

Islamkah aku, kawan?

Bil, mana Islam dalam hati?"

Soalan teralun lembut memujuk, namun seolah-olah terhempas kasar ke telinga pemuda di depannya.

"Ahmad Nabil, aku tanya ni."

Sedikit datar suaranya.


"Kau nak aku jawab macam mana?!"


Penumbuk digenggam erat. Geram.

Ikutkan hati, hendak saja dibentak keras, meninggi suara.

Mengherdik lelaki berkulit cerah tinggi lampai itu.

Namun masih cuba ditinggikan kesabaran.

Buang ego, buang.


"Mana Islam dalam ni?"


Irshad menepuk dada Nabil dua kali.


"Ah aku nak exam. Jangan kacau."


Blah. Keluar rumah. 

Singgah T-Park. Seret skateboard ke hulu ke hilir.


............................................


Sendirian di T-Park. 

Si syabab tadi mula menimbang-nimbang kata-kata sahabatnya.


Mana Islam dalam hati?


Takkan aku cuma Islam dalam IC?


Takkan outsider nampak aku ni stok sekolah agama, dah betul aku ni baik?


Takkan sebab aku banyak join program sana sini, aku dah betul-betul baik?


Sedangkan kemanisan tarbiyah tu sendiri aku tak mampu dah nak rasa.

Hanyut dalam dunia sendiri.

Fantasi rekaan sendiri, sebab nak lari dari realiti.


Bila dah tak ada manusia dalam dunia ni nak terima pendosa macam aku?

Kenapa aku berani buat dosa bila aku tahu Allah ada ciptakan neraka?

Kenapa aku sengaja tangguhkan taubat bila aku tahu malaikat maut tak pernah lewat?

Kenapa aku ego bila diberi nasihat?

Kenapa aku jadi begini?

Mana Islam dalam diri aku?


Argh! Kompleks yang menyesakkan seluruh tulang belikat.


(tulang belikat pun aku tak tahu pedia)

............................................

Irshad diam.


Dalam kecewa terselit harapan.


Moga-moga sang sahabat bertemu jalan.


Bukan tak sayang, bukannya benci.


Tapi sebab sayang, teguran itu perlu.


Perlu kawan, perlu.


Sebab di dunia kita bukannya bersendiri.


Hidup bukan nafsi-nafsi.


Kita bersama atas dunia. Aku cuma harap kita mampu bersama sampai syurga.


Salahkah aku menegur? Bila kesalahan tu jelas nyata perbuatan sang munafiq?


Aku tak kata kamu si munafiqi.


Namun tiga ciri-ciri sang munafiq itu; bila berkata-kata, dia berdusta. bila berjanji, dia mungkiri. bila diberi amanah, dia khianati.


Lalu apakah aku tega biarkan kau dalam kehanyutan, bila masing-masing sepatutnya berpimpin tangan?


Aduh kawan.


Maafkan aku kiranya aku terlalu berkasar tadi.


............................................

Skateboard dihempas.

Batin menjerit pedih.

Argh sakitnya!

Tangan kiri menyentuh dada.

Mana Islam dalam diri aku?

Aku penipu!

Aku menipu manusia dengan akhlak luaran.

Bila dalaman aku makin rosak dimakan cacing dan ulat busuk nafsu serakah.

Jiwa gersang.

Iman kontang.

Islamkah aku?

Satu suara itu membisik lagi. Terus kuat menusuk jiwa.

"Berubahlah Nabil. Belum terlewat lagi. Jangan jadi sang munafiq, Nabil."

Lalu skateboard yang dihempas tadi disepak jauh-jauh.

Perasaan apa ni?!

Munafiq sangatkah aku?

Syaitan bertopengkan malaikatkah aku?

Di hadapan akhawat, akulah yang paling mulia seolah-olah darjat terangkat tujuh petala.

Depan lecturer, aku sajalah student Malaysia terbaik di Aberdeen ni.

Argh!

Belakang mereka?

Akulah yang paling hina.

Hina.

Aku hina.

Dosa aku, kalah bukit Uhud.

Banyak.

Lalu air mata mengalir deras. Pedih. Perit.

Dada terasa sesak.

Jahiliyah, kenapa kau tumbuh dalam hati aku?

...........................................

Air mata diseka.

Ukhuwah.

Ukhuwah, sahabat. Ukhuwah.

Tautan ukhuwah sekencang dakwah.

Ingat?

Lalu kini dakwah kita semakin lemah.

Tarbiyah kita semakin goyah.

Iman kita? Tak tahu apa khabar. Entah sihat entah tidak.

Ukhuwah juga entah apa cerita. Masing-masing busy.

Kau, aku, Ziyad, Fathi, Amer, Shuk.

Semua ada haluan masing-masing.

Hendak berusrah juga, jarang sekali cukup semua.

Kadang sorang takde, tertidur lepas kelas.

Kadang dua orang takde,  ada aktiviti persatuan.

Ah. Sibuknya kita.

Sibuk memberi alasan.

Sibuk dengan hal dunia.

Sibuk dengan hal dunia sampai terlupa, Allah juga ada ciptakan neraka.

Islamkah aku, kawan?

Islamkah aku?

Sibuk belajar. Ya, belajar satu jihad.

Lalu apakah aku lupa, dakwah tarbiyah ini jalan aku.

Bagaimana aku boleh berjihad tanpa jalan?

Bagaimana aku boleh berjalan tanpa pedoman?

Lalu pedoman aku Al Quran.

Lantas kotak minda diserbu soalan demi soalan.

Adakah benar aku membaca Al Quran?

Atau semuanya sekadar lisan, namun di hati langsung tak ada kesan?

Islamkah aku, kawan?

Bantu aku, jangan sampai tergelincir dari jalan ini.

Bantu aku, temui bahagia hakiki.

Bahagia kerana iman. Bahagia kerana Tuhan.

Bukan bahagia kerana dunia, bahagia yang sebenarnya hanya satu tipu daya.

#copypaste dari WA group, mungkin dari blog sebenarnya kan#